Monday, January 2, 2012

Mari berMIMPI sampai ke BINTANG



Efa baru je lepas tengok cerita Biar Mimpi Sampai ke Bintang, lakonan Randy Pangalila dari Indonesia dan Nurul Elfira Loy dari Malaysia. Efa tengok kat Youtube je, tak sempat nak tengok kat Astro hari tu. Best gak la cerita ni, dan Efa rasakan lakonan Sharifah Sakinah sebagai Kina sangat best dan berkesan, suka tengok ke'bongok'an dia dalam cerita tu. hehehe

Beruntung si Elfira dapat berlakon dengan Randy, dapat berlakon, dapat pegang-pegang tangan, dan dapat kena peluk lagiiiiiiiiii. Hebat betul kan? ish ish ish.....sapa yang minat ngan Randy tu, kompom2 la jelessss. Tapi tidak saya (padahal~~)



yeay yeay, dapat peluk Randy!!

Boleh baca sinopsis cerita dulu:
Alyah adalah seorang gadis remaja biasa yang baru menerima keputusan SPMnya. Dia bermimpi untuk menyambung pelajarannya ke pengajian tinggi, tetapi oleh sebab pemikiran ibunya, Peah, yang masih kekampungan yang mengutamakan anak lelaki, Alyah terpaksa mengikut kehendak ibunya untuk menolong di gerai ayam mereka di pasar.



Andy Rasputra adalah seorang anak jutawan dari Bandung yang menetap di Malaysia. Dia rimas dengan kehidupannya di Malaysia kerana dia merasakan semua orang yang ingin berkawan dengannya adalah disebabkan kekayaannya.


Pada suatu hari Andy mengambil keputusan untuk berpura-pura menjadi miskin dengan pertolongan bekas pembantu rumahnya, Mak Yam. Sementara itu, Kinah, kawan baik Alyah menyuruh Alyah berpura-pura menjadi kaya agar dia tersangkut dengan teman yang kaya supaya impianya tercapai. Alyah dan Andy bertemu melalui laman facebook dan mula jatuh cinta. Andy akhirnya memberitahu hal sebenar tentang dirinya kepada Alyah, ketika Alyah ingin memberitahu keadaan sebenar, dia dihentikan oleh Kinah. Tetapi segala-galanya terbongkar apabila ibu Alyah menyangka yang dia akan menjadi GRO. Apabila Andy mendapat tahu keadaan yang sebenar, dia amat kecewa dan berlalu meninggalkan Alyah.





Kalau korang yang belum tengok tu, meh tengok kat link Youtube di bawah.






4 comments:

AmirFX said...

Okeh.. kmk dh bookmark cerita ya.. Tunggu esok jak kmk tgk cita ya...

CHU MAJORFLAVA said...

waa...dah besar & tuija nurul ya..dolok kecik jaknya..best dpt berlakkon ngan indonesian actor.

eva said...

2 kali mek ngga..mek suka dgr lagu2 dlm crita ya.. smua lagu lama2k.. bestt!!

nang untung abis nya dpt blakon ngn randy.. jeles! hahaha

[sutera kasih] said...

kmk ingin nk ngga crita tok..mcm best !!

duit poket

Related Posts with Thumbnails